Sejak minggu lalu, kisah tentang pelakon Nurul Shuhada Mat Shukri yang dipukul oleh suaminya, Hafidz Roshdi, telah menjadi perbincangan hangat.
Beliau telah dipukul sebanyak tiga kali yang menyebabkan kecederaan pada bahagian mukanya dan menerima 10 jahitan.
Baru-baru ini, melalui satu perkongsian di Insta Story, Shuhada telah meluahkan perasaannya mengenai kejadian tersebut.
Beliau mengakui bahawa ujian yang diberikan Allah kali ini sangat berat, tetapi beliau akan terus menjalani ujian tersebut seberat mana pun.
Dalam entri tersebut, Shuhada menyatakan bahawa beliau telah ditipu dan dikhianati, serta mendakwa bahawa adik iparnya turut terlibat.
Walau bagaimanapun, beliau tidak memberikan keterangan lanjut mengenai perkara tersebut.
“Saya akui ujian Allah buat saya kali ini amat berat, sangat berat. Allah dah tulis takdir hidup saya dan anak-anak dengan sangat teliti.
“Sehebat dan sebesar mana pun ujian buat saya dan anak-anak, saya tak boleh lari, saya kena lalui perit sakit semua tu.
“Saya ditumbuk, saya dikhianati, saya ditipu, saya dipermainkan dengan nama Allah (dia bersumpah itu ini) sedangkan adik dia sendiri bersubahat dan sebagainya,” tulisnya.
Kata Shuhada lagi, hatinya remuk di atas apa yang berlaku serta memohon orang ramai mendoakan agar dia bersama anak-anak diberikan kekuatan menempuh ujiian tersebut.
“Allahuakbar rasanya jiwa saya dah rabak, hati saya dah remuk, saya tahu Allah tengah hulurkan tangan buat saya untuk keluar daripada penderitaan ini, hubungan ini, dari keluarga toksik.
“Saya mohon sangat doakan saya kuat, doakan anak-anak saya kuat, kami nak berjaya lalui ujian Allah ini dengan flying colours. Insya Allah saya takkan pernah lupa semua yang mendoakan saya,” tulisnya.
Sumber : ROTIKAYA
0 Comments